Jalan-Jalan di Kuantan

Tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Kuantan

AIR TERJUN SG PANDAN


Air terjun yang terkenal di kalangan penduduk Kuantan dan pengunjung dari luar. Air terjun yang terletak di Felda Sungai Pancing Selatan Pahang merupakan destinasi yang sesuai untuk melakukan aktiviti berkelah, bermain air dan perkhemahan


MASJID SULTAN AHMAD SHAH


 Masjid ini terletak di tengah-tengah Bandar Kuantan ini telah direka dengan batu marmar khas yang bersinar cantik apabila terkena pantulan cahaya matahari.

PANTAI BALOK



Pantai Balok juga merupakan lokasi menarik kepada pengunjung yang meminati aktiviti perkhemahan. Kemudahan tapak perkhemahan disediakan kepada pengunjung yang ingin melakukan aktiviti perkhemahan ini turut mempunyai ciri keselamatan apabila lokasinya sentiasa dikawal selia oleh pihak pengurusan pantai bagi menggelakkan sebarang bahaya.Pantai ini turut menawarkan kemudahan gerai makanan yang menyediakan pelbagai sajian berasaskan makanan laut. 


PANTAI SEPAT


Keindahan panorama yang dihiasi pokok-pokok pastinya sesuai untuk melakukan aktiviti fotografi. Selain itu, pengunjung juga berpeluang melakukan aktiviti seperti bermain layang-layang, memancing dan menjala ikan ketika berada di Pantai Sepat. Lokasi ini turut menawarkan perkhidmatan menunggang kuda kepada pengunjung yang ingin bersiar-siar di tepi pantai.

PANTAI CHERATING


Pantai ini terletak berdekatan sempadan Pahang dan Terengganu. Pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti pantai yang disediakan oleh pihak pengurusan seperti sukan pantai, luncur air, banana boat, memancing, berkayak dan banyak lagi. 

TAMAN BANDAR, INDERA MAHKOTA


Taman ini yang berdekatan dengan Universiti Islam Antarabangsa.
Aktiviti yang boleh dilakukan:
  • berjoging, taman permainan kanak-kanak dan juga aktiviti berkayak disediakan kepada pengunjung dengan bayaran semurah RM12 untuk dua orang dan RM8 untuk seorang bagi melakukan aktiviti berkayak di tasik.

TAMAN GELORA


Aktiviti yang boleh dilakukan seperti jogging, bersenam dan aerobik. Terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan seperti trek jalan kaki, alatan senaman, pondok rehat, gerai-gerai makanan.

PANTAI TELUK CEMPEDAK


Aktiviti-aktiviti menarik:

  • Banana boat
  • Jet ski
  • Mandi Laut
  • Berkelah dan bersantai 
  • Bermain layang-layang
  • Jungle trekking
  • Membeli belah cenderamata
Tempat makan- KFC,McDonald,BurgerKing,Medan Selera Teluk Cempedak,Restoran makanan melayu, makanan laut dan Ala Thai


SHOPPING COMPLEX


Kuantan City Mall
Berjaya Megamall

Kuantan Parade

ECM

BUKIT GAMBANG WATERPARK



Taman tema ini terletak 40km dari pusat bandar. Taman tema air ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Coco Beach, Wave Pool dan Lagoon. Di setiap bahagian tersebut terdapat pelbagai aktiviti yang pengunjung boleh lakukan seperti Aqua Play, Giant Piranha, Tree Top Hill, Lane Racer, Canopy Slide, Family Raft Ride, ATV Ride dan banyak lagi. Di Safari Park pula merupakan taman safari untuk melihat haiwan yang berkeluasan 138 ekar

KUANTAN RIVER CRUISE


Saksikan pemandangan bandar Kuantan, gabungan terancang bangunan pencakar langit, penempatan perkampungan nelayan serta persekitaran yang tumbuh menghijau di sepanjang Sungai Kuantan. Sertai perjalanan istimewa ke muara Sungai Kuantan sahaja setiap malam hari Jumaat dan Sabtu, rasakan kedinginan udara sambil melihat pemandangan indah dan berwarna­-warni bandar Kuantan.

MINI ZOO TERUNTUM


Zoo mini ini tidak mengenakan sebarang bayaran masuk kepada pengunjung dan di sini juga terdapat pelbagai haiwan yang ditempatkan di sangkar seperti burung unta, kancil, burung, buaya, arnab, burung merak, landak, seladang, pelanduk, ular, orang utan dan juga kura-kura gergasi pasti memikat hati pengunjung.


MUZIUM SUNGAI LEMBING


Lokasi muzium ini merupakan bekas tapak perlombongan bijih timah yang paling dalam dan antara yang terbesar di dunia pada satu ketika dahulu. Tempat bersejarah ini telah diuruskan oleh Jabatan Muzium dan telah dibuka untuk kunjungan para pelancong bagi memperkenalkan peralatan melombong bijih timah dan pakaian yang digunakan oleh pekerja lombong dahulu.


Rujukan: www.maisinggah.com
                pelbagai sumber daripada google

Comments

Popular posts from this blog

TENTATIF JALAN-JALAN DI KUANTAN

TEMPAT MAKAN YANG MENARIK DI KUANTAN