SYARAT DAN PERATURAN HOMESTAY AMANI KUANTAN

Terima kasih kerana memilih HOMESTAY AMANI KUANTAN. Sepanjang tempoh penginapan, tetamu-tetamu diminta mematuhi syarat-syarat dan peraturan di homestay ini.

11.    Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan     rakan yang sama jantina.

22.    Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan di bawa masuk ke premis penginapan.   Minuman keras/alcohol tidak dibenarkan sama sekali

33.    Menjaga kebersihan dalam dan di luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong   sampah yang disediakan.

44.    Sila basuh semua peralatan memasak dan pinggan/mangkuk/cawan yang telah digunakan.

55.    Dilarang merokok di dalam rumah. Sekiranya merokok di luar rumah, puntung rokok hendaklah di   buang ke dalam tong sampah.

66.  Menggunakan kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah dan tidak membazir.   Tutup lampu, aircond dan kipas sekiranya tidak digunakan.

77.   Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu lalulintas.

88.   Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di taman perumahan.

99.    Jangan tinggalkan barang berharga di dalam homestay. Pastikan pintu,grill dan pagar homestay dikunci apabila meninggalkan homestay dalam tempoh penginapan. Pihak homestay tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan barang berharga anda sepanjang tempoh penginapan.

110. Jangan buang tisu dan tuala wanita ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkan dari tersumbat.

111.   Laporkan sebarang kerosakan yang berlaku kepada pengurus homestay.

112.   Dilarang sama sekali mengadakan majlis keramaian/jamuan di homestay ini.

113.   Dilarang membawa binatang peliharaan ke dalam homestay ini

114.   Sila patuhi waktu check out iaitu selewat-lewatnya 12 tengah hari. Waktu check out boleh dilanjutkan dengan kadar RM5/jam atau dengan persetujuan budi bicara sekiranya tiada tetamu lain check in pada hari tersebut.

115.   Sekiranya ada masalah, boleh hubungi:
a.       En Matsaufian : 0199172526
b.      Pn Ima             : 0139254242


SEMOGA ANDA BERPUAS HATI DAN GEMBIRA SEMASA BERADA DI HOMESTAY AMANI KUANTAN

Comments

Popular posts from this blog

TENTATIF JALAN-JALAN DI KUANTAN

Jalan-Jalan di Kuantan

TEMPAT MAKAN YANG MENARIK DI KUANTAN