Itenary Jalan-Jalan di Kuantan by Homestay Amani Kuantan Day 1 3.00pm: check in Homestay Amani Kuantan 4.00pm: makan sata n celup tepung di tanjung lumpur 5.00pm: bersiar-siar di Teluk Cempedak/Mini Zoo Teruntum/Taman Gelora 8.00pm: Dinner - sekitar Teluk Cempedak, Lilawadi/Restoran Satay Zul/ Kotak Kalam/Sara Thai 9.30pm: Uptown UTC (Sabtu sahaja), bersiar-siar di bandar Kuantan/Taman Esplanade Day 2 8.00am: Breakfast 9.00am: Bukit Gambang Waterpark. Lunch di Bukit Gambang/Nasi Kukus My Mama di Gambang 2.00pm: Kuantan River Cruise/ Pantai Sepat/ Pantai Balok/ Muzium Sungai Lembing/Shopping Complex 8.00pm: Dinner restoran seafood di Tanjung Lumpur Day 3 8.00 am: Breakfast 9.00am: Shopping Complex/ Taman Gelora/ Taman Bandar 12.00pm: Check Out Jangan lupa singgah di Jaya Gading berdekatan Kem Tentera Batu 10 Jalan Gambang atau jalan ke Balok- Cherating untuk dapatkan keropok keping dan keropok lekor untuk dibawa pulang
Tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Kuantan AIR TERJUN SG PANDAN Air terjun yang terkenal di kalangan penduduk Kuantan dan pengunjung dari luar. Air terjun yang terletak di Felda Sungai Pancing Selatan Pahang merupakan destinasi yang sesuai untuk melakukan aktiviti berkelah, bermain air dan perkhemahan MASJID SULTAN AHMAD SHAH Masjid ini terletak di tengah-tengah Bandar Kuantan ini telah direka dengan batu marmar khas yang bersinar cantik apabila terkena pantulan cahaya matahari. PANTAI BALOK Pantai Balok juga merupakan lokasi menarik kepada pengunjung yang meminati aktiviti perkhemahan. Kemudahan tapak perkhemahan disediakan kepada pengunjung yang ingin melakukan aktiviti perkhemahan ini turut mempunyai ciri keselamatan apabila lokasinya sentiasa dikawal selia oleh pihak pengurusan pantai bagi menggelakkan sebarang bahaya.Pantai ini turut menawarkan kemudahan gerai makanan yang menyediakan pelbagai sajian berasaskan makanan laut. PANTAI SEP
Banyak restoran berdekatan dengan Homestay Amani Kuantan.Check it Out! Restoran Makanan Laut sepanjang Jalan Tanjung Lumpur RESTORAN MABIQ WAKTU OPERASI: 9.00 PG SETIAP HARI KECUALI HARI JUMAAT.. BAGI MENU MAKAN TENGAH HARI BERMULA JAM 11.30 PAGI. LOKASI: TANJUNG LUMPUR (BERHADAPAN HOSPITAL KPJ) juadah masakan turun temurun dari Pahang terutamanya paeh patin, sambal hitam dan daging salai lemak yang mana ia telah menjadi menu utama Restoran Mabiq. restoranmabiq.blogspot.my KEDAI MOK NAA Menyediakan juadah makanan tengah hari dan makan petang. Antara menunya ialah sata, otak-otak, makanan laut celup tepung, keropok WARONG PAKSU & MAKSU Menyediakan juadah makanan tengah hari dan makan petang. Antara menunya ialah sata, otak-otak, makanan laut celup tepung, keropok dan pelbagai kuih-muih tradisional RESTORAN SANTAI Restoran makanan laut untuk makan malam RESTORAN ANA IKAN BAKAR PETAI (Lokasi: Bersebelahan Hosp
Comments
Post a Comment